Gangguan rantaian bekalan global, dasar monetari atau kewangan yang longgar, krisis tenaga, makanan dan komoditi yang berlaku dekad ini semakin memburuk sehingga mendorong harga pasaran barangan buat pengguna meningkat ke paras tertinggi.
Presiden Central Bank of The Netherlands, Klaas Knot dalam sesi pandangan mengenai inflasi semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF 2022) pada Rabu berkata, selepas ini lebih banyak negara akan cuba menangguhkan pembayaran hutang.